Chow Besar 5hb Mei 2005
Oleh kerana kekecewaan yang dialami seminggu lalu, terpaksalah saya mem-blog dalam bahasa nasional kali ini. Segar dari kepulangan dari 'Negara Matahari Terbit', keinginan untuk menikmati satu 'Chow Besar' aka CB yang menghidangi makanan tempatan amatlah menghairahkan. Malangnya saya telah di 'kapal-terbangkan' oleh para CB saya. Sebahagian besar sebab tiada hadirin di tempat perjumpaan kat 'Bandar Lama' adalah kesalahan saya tidak turut berMSN pada hari Khamis lalu.
Berikutan 'tragedi' ini, adalah dimaklumkan bahawa CB minggu ini akan dilaksanakan dengan para hadirin sekalian. Tuan-Tuan dan Puan-Puan:
Dengan sukacitanya saya mengumumkan Chow Besar minggu ini akan diadakan di Restoran Veng Soon kat 'Bandar Lama'. Lokasinya adalah diblok yang sama dengan Public Bank. Semoga semua para hadirin akan tiba ke tempat makan pada waktu 7.45pm. Marilah kita bersama-sama bersuka ria dan makan sepenuh hati.
Mengucapkan hari yang amat menyenangkan dan jumpa lagi dalam beberapa jam.
Telor-Melor

0 Comments:
Post a Comment
<< Home