Friday, June 03, 2005

Carmen's Police Report

Pada 28 haribulan May, 3 pagi ketika saya pulang dari Cream atau Loft atau Zouk(tak pasti) setelah minum 3 tequila, 2 JD coke, 3 GinTonic dan 1 carlsberg, Saya terlibat dalam kemalangan dengan sebatang pokok 3 kaki. Bila saya berhenti di persimpangan Jalan Desa Utama dan Jln Desa Utama 1 untuk pusing kiri ke Faber Ria, Pokok yang terlibat tidak membrek dan datang dari belakang secara laju dan melanggar kereta saya nombor CAR 1234. Saya ada menggunakan isyarat untuk belok kiri. Kepala saya terpelanting akibat perlanggaran itu dan saya mendapat hangover pada pagi keesokannya. Telefon Bimbit saya (bernilai RM1600) yang saya sedang mengunakan pada masa itu tergelincir keluar dari tangan saya dan jatuh lalu pecah dan rosak. Kereta saya kemek di bamper belakang dan nombor plet jatuh. Setakat ini saja kerosakan yang diketahui pada masa kini. Tujuan report ini ialah untuk membuat tuntutan pampasan wang dari DBKL

oleh.
Tan Ka Mun.


Repot dicatat oleh
Ismal Ibrahim
(334121-2)

Reproduced with kind permission of Polis DiRaja Malaysia

1 Comments:

Blogger Porcine Glory said...

Forgot to mention the part "Saya tidak berhenti untuk memastikan keadaan pokok kerana takut disamun oleh pokok"

1:59 PM  

Post a Comment

<< Home